Sains From Wikipedia
Sains merupakan sebuah proses pengumpulan
ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan
sains datang daripada
bahasa Latin,
scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain,
sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan
fakta dan
peraturan daripadaya.
Cara
sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat
uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil
ahli sains.
Astronomi From Wikipedia
Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud
peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai
Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang
sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar
Bumi dan
atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan
astrofizik.
Astronomi merupakan beberapa cabang
sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan
astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan
planet dan
bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas
sains.
Teknologi From Wikipedia
Teknologi mempunyai lebih daripada satu definisi. Definisi yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan
gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Definisi
teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah
aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Berita dan info-info didalam laman web ini di update setiap minggu dipetik sebahagian daripada daripada laman-laman web gergasi tertentu supaya memudahkan pelayar-pelayar mencari info-info terkini tentang sains.