Sains |

Version Compare

Back to page history

Version User Scope of changes
Feb 15 2007, 2:31 AM EST (current) drknown
Jan 25 2007, 3:45 AM EST drknown 750 words added, 2 photos added

Changes

Key:  Additions   Deletions


Sistem Pakar Diagnosis
Barah Payudara


Sains - InfoSains.comarah payudara adalah sejenis penyakit pembawa maut yang lazim berlaku di kalangan kaum wanita. Kadar sembuh dari penyakit ini boleh ditingkatkan jika barah ini dapat dikesan awal. Pada asasnya, usaha ini dapat dilaksanakan dengan mengesannya pada peringkat permulaan, iaitu ketika ia belum lagi merebak kebahagian atau anggota badan yang lain.

Menyedari hakikat ini dan perlunya satu kaedah pengesan awal untuk penyakit ini, sekumpulan pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Eletrik dan Eletronik, USM telah mengkaji dan berjaya menghasilkan satu sistem pakar havic teraksilan ciri pemprosesan imej untuk mendiagnosnya. Mereka ialah Umi Kalthum Ngah, Prof. P.A. Venkatachalam dan Prof. Madya Ahmad Fadzil Mohd. Haris.


Mammograf adalah teknik pengesanan yang paling berkesan dan berguna untuk mengesan barah payudara yang belum boleh dirasai dengan sentuhan. Ia adalah suatu teknik yang digunakan dengan amat meluas oleh pakar radiologi. Sungguhpun mammografi boleh diperbaiki menerusi teknik pembesaran, perincian penting untuk mengesan penyakit pasti masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Ini kerana terdapat hingar yang menutupi dan menjejas kawasan-kawasan yang perlu ditelitikan.

Faktor-faktor hingar ini mungkin terjadi kerana penangkapan imej semasa pengambilan mammograf yang tidak begitu teliti atau teknik pencahayaan yang kurang tepat semasa mammograf pesakit sedang diambil. Teknik-teknik pemprosesan imej dapat digunakan untuk menapis hingar yang tidak diperlukan. Dengan itu, penelitian yang lebih baik akan dapat dilakukan oleh pakar radiologi.


Sains - InfoSains.com
Carta Sistem Pakar Diagnosis dan pengkajinya, Iaitu Profesor Venkatachalam (Gambar kecil di bawah)
Satu sistem perkakasan dan perisian terdiri daripada pencekau kerangka untuk menangkap imej mammograf dan menyimpannya dalam bentuk digit telah dibina.
"Kami telah membina satu sistem hardware dan software yang mengandungi frame grabber untuk merakam imej mammographic dan merakamnya dalam bentuk digital," kata Prof. P.A. Venkatachalam.
Teknik peningkatan imej digunakan bagi menajamkan ciri yang terdapat dalam imej seperti pinggir, sempadan dan beza jelas untuk menjadikan paparan imej lebih berguna untuk penganalisaan. Berbagai fungsi juga disokong seperti menipulasi paras kelabu dan beza jelas, pengurangan hingar, penajaman pinggir dan pembesaran.

"Untuk meneliti helaian mamograf mungkin tidak terdapat di setiap hospital. Bagi membantu doktor menganalisa mammograf, sistem mahir telah dibina. Sistem ini mengandungi imej asal pesakit dan terproses setelah digunakan rutin-rutin pemprosesan yang diintegrasikan dengannya dalam bidang radiologi untuk mendiagnos penyakit-penyakit payudara, "kata Prof. Venkatachahalam".


Kajian kesan logam terhadap hidupan laut
Sains - InfoSains.comsu pencermaran laut di negara ini pernah menjadi satu topik hangat suatu ketika dahulu. Deretan kejadian pembuangan sisa minyak di Selat Melaka dan Laut China Selatan membuktikan betapa perairan Malaysia tidak terlepas daripada dijadikan sasaran. Tetapi sejauhmankah kita tahu dan mengambil kisah mengenai pencemaran laut yang disebabkan oleh logam, hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia? Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai, USM, merangkap Pengerusi Rancangan Kajian Pencemaran Prof. Madya Zubir Din, mengkaji persoalan ini.

Spesis hidupan laut kini semakin terancam bukan sahaja kerana kewujudan logam secara semulajadi di laut tetapi juga kerana penghasilan logam oleh kegiatan manusia.

Atas kesedaran untuk melindungi kehidupan spesis laut itu, satu kajian (Fasa 2) yang bertajuk Kriteria Persekitaran : Kesan Logam Terhadap Beberapa Spesis Hidupan Laut telah dijalankan oleh beberapa penyelidik dari universiti tempatan termasuk USM dan negara-negara Asean kecuali Vietnam.

Kajian yang dibiayai Canadian International Development Authority (CIDA) itu mempunyai tiga bidang kajian iaitu pengawasan khusus pencemaran kawasan pantai, persekitaran marine dan pasang surut merah.

Bagaimanapun Universiti Sains Malaysia (USM) tidak melibatkan diri dalam kajian pasang surut merah.

Menurut Pengerusi Rancangan Kajian Pencemaran, Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM, Prof. Madya Zubir Din, beliau telah dilantik mengetuai program pengawasan khusus pencemaran kawasan pantai.

Menurut beliau, aktiviti awal dalam program tersebut ialah untuk meningkatkan kemampuan dari segi pengurusan dan makmal di Malaysia serta negara-negara Asean khusus dari sudut kawalan pencemaran pantai.

“Ini termasuklah pembelian beberapa alat untuk kerja-kerja analisis, mengadakan bengkel serta latihan di Malaysia dan Kanada,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, hubungan antara makmal juga diadakan bagi mengetahui tahap kemampuan penyelidik iaitu sama ada kerja mereka baik atau tidak.

“Hubungan itu antara lain melibatkan Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia, Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan Perikanan.

“Parameter bandingan kajian juga dilakukan iaitu menganalisis logam berat dan hidrokarbon (Polycyclic Aromatic Hydrocarbon),” katanya.
Menurut Zubir, mereka juga membuat kerja-kerja lapangan meliputi negeri Perlis hingga Johor dengan mengambil persampelan di 43 stesen negeri-negeri terbabit itu.


Beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai kandungan logam yang tinggi akibat aktiviti manusia


Hasil daripada analisis tersebut, didapati beberapa kawasan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai kandungan logam yang tinggi akibat aktiviti manusia dan penyelidik juga berjaya mengasingkan logam hasil semulajadi dan logam hasil aktiviti manusia.

“Logam cadmium yang tinggi telah didapati di enam stesen terbabit iaitu dua di Kedah dan Johor serta satu stesen masing-masing di Perak dan Selangor. Hasil analisis pula menunjukkan antara 33 hingga 84 peratus logam itu terhasil akibat aktiviti manusia.

“Aktiviti manusia juga adalah punca utama wujudnya logam acynic di beberapa tempat di Johor,” katanya.


"Logam cadmium yang tinggi telah dikesan terdapat di enam stesen, iaitu dua di Kedah dan Johor serta satu stesen masing-masing di Perak dan Selangor. Hasil analisis pula menunjukkan antara 33 hingga 84 peratus logam itu terhasil akibat aktiviti manusia"



Menurut beliau, kuprum yang dihasilkan oleh aktiviti manusia (22-37%) terdapat di Selangor (satu stesen) dan di Kedah (2 stesen). Logam zink pula terdapat di tiga stesen iaitu Johor, Perak dan Pulau Pinang dengan mencatatkan 20 hingga 26 peratus daripadanya terhasil akibat perbuatan manusia. Plumbum pula banyak terdapat di dua stesen iaitu masing-masing di Kedah dan Perak.

Beliau menjelaskan bahawa proses pengasingan ini amat penting dalam kajian logam tersebut kerana logam juga boleh hadir dalam lumpur secara semulajadi (melekat di tanah liat).

“Bagi memperlengkapkan kajian, penyelidik juga membuat analisis kandungan logam dalam tisu-tisu hidupan (haiwan) iaitu 14 spesis molaska.

“Daripada 14 spesis itu, didapati tiram batu (Saccostrea cuculata) mempunyai kandungan logam yang tinggi diikuti siput remis sementara kerang (Anadara granosa) pula mempunyai cadmium yang tinggi.

Menurut beliau, industri saduran menghasilkan logam buangan yang tinggi dan pembuangannya ke dalam sungai dan laut telah menjejaskan kehidupan spesis laut. Bagaimanapun, pencemaran logam di negara ini tidak begitu serius berbanding pencemaran organik.

Menurut beliau, bidang kajian program kedua pula lebih menjurus kepada penyediaan kriteria kawasan air laut untuk Asean. Kriteria yang dimaksudkan adalah jenis air laut yang tidak memudaratkan hidupan.

Sehingga kini, negara-negara Asean masih menggunakan kriteria Negara-negara Maju khususnya Amerika Syarikat.

Menurutnya, penglibatan USM dalam program ini ialah dengan menjalankan kajian ketoksidan bagi mengesan kesan beberapa logam terhadap hidupan laut. Antara hidupan laut itu ialah anak udang harimau, anak kerang dan cacing laut.

“Anak-anak hidupan laut diguna untuk kajian kepekatan toksid yang lebih rendah kerana ia lebih berkesan,” katanya.



USM found better tumour
makers for HCC
Sains - InfoSains.comOST human tumours if not all release a variety of products, which appear in blood or other body fluids which can be measured as tumour maker. Tumour makers are thus biochemical indicators associated with the presence of malignancy.

An ideal tumour marker has a number of criteria such as specificity for a particular type of tumour, released only by or in response to the tumour, and its concentration is propotional to the state of differentiation and mass of tumour cells.

However, most of the known tumour makers, including HCC, fall short of these ideal criteria. To date, serum alpha-fetoprotein (AFP) has been used as the most reliable tumour maker for HCC, however, it is not specific for liver cancer since it is also found in nonseminomatous germ cell tumour of the testis and germ cell tumour of the ovary.

It was also observed that not all HCC secrete AFP and as many as 40% patients with early HCC and 15-20% of patients with advanced HCC had normal AFP levels.

In this study, serum Transforming Growth Factor-Beta 1(TGF-b), Pre-Albumin (PAB) and Alpha-Fetoprotien (AFP) were determined from patients with HCC and other liver diseases such as acute viral hepatitis and liver cirrhosis. Results demonstrated significantly high levels of serum TGF-b1 in HCC patients than those in normal subjects and a reduction of serum PAB in HCC patients compared to normal subjects.

According to Dr. Yasmin who is doing this research, HCC is one of the most malignant and prevalent cancers in humans. In Malaysia she said, it is among the first 8 major cancers that are affecting the population.

“The estimated annual incidence of HCC in the world is 0.3 to 1.2 million,” said Dr. Yasmin.

Later than that, studies on cytokines or growth factors have shown the role of these factors in the transformation of normal cells into cancer cells. Some of these growth factors include epidermal growth factor (EGF), transforming growth factors alpha and beta, (TGF-a and TGF-b) and tumour necrosis factor alpha (TNF-a). TGF-B is produced in regenerating liver, playing a role as paracrine inhibitory factor as opposed to TGF-a, which is an autocrine stimulatory growth-factor.

“TGF-b1 is the predominant form in human and is widely distributed in a variety of normal cells and organs. TGF-b1 is a multifunctional cytokine that promotes chondrogenesis, fibrogenesis and inhibits growth of epithelial cells, including hepatocytes,” said Dr. Yasmin.

Prealbumin is synthesized primarily by the liver and plays an important role in the transport of retinol and thyroxin. Prealbumin has a short half life of 1.9 - 3.6 days, thus its level in plasma is currently the most sensitive indicator of any changes affecting its synthesis and catabolism.

TGF-b1 is a multifunction cytokine playing an important role in regulation of cell growth and differentiation, but this effect is dependent on the cell type. For example TGF-b1 induces growth
of normal fibroblasts but is a known potent inhibitor of many epithelial cells including hepatocytes.
Sains - InfoSains.com


DR. YASMIN ANUM dilahirkan di Tapah, Perak pada 11 Jun 1955. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Magna Cum Laude Kimia/Biokimia) dari Northern Illinois University, Dekalb, Illinois, Amerika Syarikat (AS) pada Ogos 1979.

Manakala pada Januari 1982, Dr. Yasmin menerima ijazah Sarjana Sains (Biokimia) dari University Illinois di Urbana-Champaign-Urbana, Illinois, AS, dan ijazah Doktor Falsafah (Biokimia) pada November 1988 dari Flinders University of South Australia, Bedford Park, Australia.


“Our study has shown that serum TGF-b levels are slightly elevated in hepatoma patients. The same but opposite trend is observed with PAB levels in serum of patients with hepatoma, which is markedly reduced compared to patients with hepatitis B and cirrhosis,” said Dr. Yasmin.

Dr. Yasmin said, in this study, PAB may be likened to the action of p53 as a tumour supressor gene and its supression leads to progression of HCC. As for serum AFP levels, although the same gradual increase was observed in patients with hepatitis B followed by a greater increase of serum AFP in hepatoma patients, the wide scatter of serum AFP values from very low to high ranges have resulted in greater standard deviation and thus made the results unreliable.

The gradual increase of TGF-b and decrease of serum PAB levels in patients with hepatitis B, cirrhosis and hepatoma may suggests the stepwise biochemical changes that are occuring in the transformation of normal to malignant cells.

As a conclusion, this study suggests that TGF-b1 and PAB, in addition to AFP may be good candidates for tumour markers of HCC.